Hari ni masa tengah meng’cut’kan diri dari kelas WABM yang bertempat di E-Learning bersama dengan Cik Nadiah, kitorang nampak satu fenomena alam yang menakjubkan dan jarang-jarang aku dapat lihat. Dalam hidup aku, dalam 3-4 kali jela kowt aku dapat tengok keajaiban tuhan niew.
Nak tahu tak apa yang aku dan Nadiah nampak?? Cuba teka! Ttteeeeettt, masa dah tamat! (Ala-ala Yus Raja Lawak). Sebenarnya keajaiban tuhan yang kitorang nampak tu adalah
PELANGI! Ada tujuh colour semuanya. Kalau korang ingat masa kita sekolah rendah dulu, tajuk pasal pelangi di ajar dalam matapelajaran Sains. Ingat lagi tak formula yang digunakan untuk mengingat ketujuh-tujuh colour pelangi tu?
Michael Jackson Kills His Brother In University
Michael= Merah
Jackson= Jingga/Oren
Kills= Kuning
His= Hijau
Brother= Biru
In= Indigo (Betul ke? Correct Me If I’m Wrong Coz I Have Short Term Memory)
University= Ungu
Ni kira aku dah share dah rahsia dan petua untuk menghafal colour pelangi. Pada adik-adik yang nak sit for UPSR tu, silakan lah copy ye. Mudah-mudahan dapat skor Sains A. Berjasa gak Atiqa Victoria ni dalam membangunkan modal insan yang diperlukan negara..!! (Gara-gara belajar Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara la niew). Niew formula yang cikgu Sains Darjah 6 aku lah yang ajar. I’m sure setiap cikgu ada formula mereka yang tersendiri kan. Tapi formula akak Atiqa Victoria niew senang je.. Tak sampai 2 minit dah boleh hafal dah. Copy cepat. Sila ye, takmo shy-shy cat dengan akak. Ye, ye, ye.
Dalam ponteng-ponteng kuliah tu pown sempat kitorang bergambar sakan dekat sekitar E-Learning yang chantek tu. Hehehehe.. Tempat yang tak sempat kitorang nak explore pown kitorang dapat explore dan bermain-main dengan kemudahan yang ada kat situ. Seronok ambil gambar dari tingkat atas E-Learning. Pemandangan cantik. Boleh nampak seluruk kampus UPSI dan kawasan neighbourhood yang berdekatan dengan UPSI.
Rasanya Bangunan E-Learning niew la bangunan yang tertinggi kat Tanjung Malim sebab dari pekan dah boleh nampak dah bangunan niew.. Tinggi kan. Berbalik kepada kisah pelangi petang yang cantik lagi memukau, apa kata kalau kita saksikan sendiri (erm, fine. Taklah tengok dengan mata kepala sendiri. At least I provided you guys dengan picture yang diambil oleh pro kan!) keindahan pelangi di Tanjung Malim ye;) Enjoy..
p/s: Sebagai pelajar contoh, aku ngan Nadiah takdelah ponteng mana pown. Cuma masa tu presentation. Faham-fahamlah kalau masa presentation, bagi aku dengan Nadiah, tu masa untuk tidur tu. Kelas petang lah katakan. Kami pulang dengan selamatnya dalam kuliah tersebut lepas dating berdua tengok pelangi! Kami budak baik!!
Apabila Seorang Atiqa Victoria Berkata-kata













No comments:
Post a Comment
Feel Free to Drop Your Comments!