Tinkerbell Red Glitter Wings

27 June 2011

:: Aktiviti Semester Break! ::

Baiklah semua. Marilah kita sama-sama meninjau aktiviti-aktiviti yang I buat sepanjang semester break ni. Nak kerja, malas. Nak keluar, alergic dengan cahaya matahari pulak. Oleh itu, I rela stay dekat rumah jela. Jadual harian pun dah semakin tak menentu dek kerana habit tidur yang sentiasa bertukar. Waktu malam kadang-kadang I berjaga and kadang-kadang waktu malam I tidur. Susah nak predict masa tidur I ni. Rumusan timetable harian seorang Atiqa Victoria adalah seperti berikut:

p/s: ni yang latest punya habit :)

6:30am- Keluar dari bilik ku syurga ku. Good morning sunshine! Mengejutkan si dia untuk siap-siap pergi kelas

7.30am- Breakfast! Masa ni la I paling lapar sekali. Kalau tak makan rasa nak mengamuk je~~~~

7.45am- Online Facebook & Buka Video-video K-Pop yang mabeles lagi howt! (Maaf, ejaan SMS)

8.30am- Bermain-main dengan Ainina Kaisara (Anak buah aku daaaaa). Time ni la aku sibuk tengok kartun dengan dia. Selalunya buka Disney Play House, Disney Channel and Astro Ceria. Layan Dragon Ball~~

11.00am- Mandi (Agak lambat ye mandi. Kasi berpeluh dulu. Kang mandi awal-awal rugi pulak kena mandi balik bila berpeluh)

12.00pm- Lunch time!

12.30pm- Bergayut dengan si dia kejap. Maklumlah, rindu kus-kus la katakan. (Maaf, agak poyo je nak letak aktiviti bergayut dalam timetable ni)

1.30am- Lepas solat Zohor tidur. Time ni mata dah sangat-sangat berat dan sukar nak dibendung lagi tahap mengantuk tu. Rasa macam mata kena gam!

7.45pm- Dikejutkan oleh si dia sebab kata dia over je kalau tidur lama-lama ni. Lalu I pun bangun, mandi and solat.

8.30pm- Dinner!!!!! Makan time!!!

9.00pm- Tengok tv. Masa ni lah nak tengok Pretty Little Liars (Cun woo awek-awek yang berlakon citer ni), Hawaii-Five-O, and National Geographic or Discovery Channel (Gara-gara Encik Babah yang fanatik suka tengok binatang ngan tumbuh-tumbuhan ni)

12.00am- Bergayut sampai lebam. Sebab I dengan dia pakai DIGI so agak saving sebab start dari pukul 12.00am sampai 8.00pm keesokan harinye call dan text banyak mana pun tetap FREE. Ya, FREE. DIGI, memang berbaloi! (Erk, ni trademark DIGI ke? Kurang pasti lah)

1.30am- Apa lagi, masa untuk menonton movies, dramas, variety shows dari negara KOREA la. Buat masa ni banyak cerita yang I dah cover sepanjang cuti sem ni. Antaranya drama The Partner, Dream High, Cinderella's Sister dan Playful Kiss. Variety Shows pula I dah tengok MBLAQ Idol Show, BEAST Idol Maid, We Got Married, U-Kiss Vampires, Cheff U-Kiss, Super Junior, SS501, Maknae Rebellion and banyak lagi lah! Tak sempurna kalau nonton cerita korea ni tanpa Teh O Ais~~~ Layan!

Masa tidur berubah dari sebelum ni pukul 10pm bertukar menjadi pukul 5.30am. Lepas tu bila dah start layan cerita korea masa tidur jadi pukul 8am. Bila anak buah ada dekat rumah, I tidur pukul 12pm. But lately dah bertukar bila I hanya akan masuk bilik tidur pukul 4.30pm. Semalam I berkeras nak tidur pukul 9.30pm walaupun kazen I dah beriya-iya kejut nak ajak pergi Uptown kat The Mines tu masa midnight nanti. Ish, pelik lah I ni! Tolonglah kembalikan masa tidur I yang sebelum ni sebelum pukul 12am tu. Tolonglah, tak nak Insomnia lagi! Hehehehehe:)



Apabila Seorang Atiqa Victoria Berkata-kata

No comments:

Post a Comment

Feel Free to Drop Your Comments!