Tinkerbell Red Glitter Wings

27 June 2011

:: Aktiviti Semester Break! ::

Baiklah semua. Marilah kita sama-sama meninjau aktiviti-aktiviti yang I buat sepanjang semester break ni. Nak kerja, malas. Nak keluar, alergic dengan cahaya matahari pulak. Oleh itu, I rela stay dekat rumah jela. Jadual harian pun dah semakin tak menentu dek kerana habit tidur yang sentiasa bertukar. Waktu malam kadang-kadang I berjaga and kadang-kadang waktu malam I tidur. Susah nak predict masa tidur I ni. Rumusan timetable harian seorang Atiqa Victoria adalah seperti berikut:

p/s: ni yang latest punya habit :)

6:30am- Keluar dari bilik ku syurga ku. Good morning sunshine! Mengejutkan si dia untuk siap-siap pergi kelas

7.30am- Breakfast! Masa ni la I paling lapar sekali. Kalau tak makan rasa nak mengamuk je~~~~

7.45am- Online Facebook & Buka Video-video K-Pop yang mabeles lagi howt! (Maaf, ejaan SMS)

8.30am- Bermain-main dengan Ainina Kaisara (Anak buah aku daaaaa). Time ni la aku sibuk tengok kartun dengan dia. Selalunya buka Disney Play House, Disney Channel and Astro Ceria. Layan Dragon Ball~~

11.00am- Mandi (Agak lambat ye mandi. Kasi berpeluh dulu. Kang mandi awal-awal rugi pulak kena mandi balik bila berpeluh)

12.00pm- Lunch time!

12.30pm- Bergayut dengan si dia kejap. Maklumlah, rindu kus-kus la katakan. (Maaf, agak poyo je nak letak aktiviti bergayut dalam timetable ni)

1.30am- Lepas solat Zohor tidur. Time ni mata dah sangat-sangat berat dan sukar nak dibendung lagi tahap mengantuk tu. Rasa macam mata kena gam!

7.45pm- Dikejutkan oleh si dia sebab kata dia over je kalau tidur lama-lama ni. Lalu I pun bangun, mandi and solat.

8.30pm- Dinner!!!!! Makan time!!!

9.00pm- Tengok tv. Masa ni lah nak tengok Pretty Little Liars (Cun woo awek-awek yang berlakon citer ni), Hawaii-Five-O, and National Geographic or Discovery Channel (Gara-gara Encik Babah yang fanatik suka tengok binatang ngan tumbuh-tumbuhan ni)

12.00am- Bergayut sampai lebam. Sebab I dengan dia pakai DIGI so agak saving sebab start dari pukul 12.00am sampai 8.00pm keesokan harinye call dan text banyak mana pun tetap FREE. Ya, FREE. DIGI, memang berbaloi! (Erk, ni trademark DIGI ke? Kurang pasti lah)

1.30am- Apa lagi, masa untuk menonton movies, dramas, variety shows dari negara KOREA la. Buat masa ni banyak cerita yang I dah cover sepanjang cuti sem ni. Antaranya drama The Partner, Dream High, Cinderella's Sister dan Playful Kiss. Variety Shows pula I dah tengok MBLAQ Idol Show, BEAST Idol Maid, We Got Married, U-Kiss Vampires, Cheff U-Kiss, Super Junior, SS501, Maknae Rebellion and banyak lagi lah! Tak sempurna kalau nonton cerita korea ni tanpa Teh O Ais~~~ Layan!

Masa tidur berubah dari sebelum ni pukul 10pm bertukar menjadi pukul 5.30am. Lepas tu bila dah start layan cerita korea masa tidur jadi pukul 8am. Bila anak buah ada dekat rumah, I tidur pukul 12pm. But lately dah bertukar bila I hanya akan masuk bilik tidur pukul 4.30pm. Semalam I berkeras nak tidur pukul 9.30pm walaupun kazen I dah beriya-iya kejut nak ajak pergi Uptown kat The Mines tu masa midnight nanti. Ish, pelik lah I ni! Tolonglah kembalikan masa tidur I yang sebelum ni sebelum pukul 12am tu. Tolonglah, tak nak Insomnia lagi! Hehehehehe:)



Apabila Seorang Atiqa Victoria Berkata-kata

11 June 2011

ATIQA VICTORIA ::Dia::




Malam ini sekali lagi dia ditemani air mata
Mereka serasi sekali bersama
Tidak kekok untuk melahirkan riak perasaan
Sememangnya hati dia mudah tersentuh
Namun kuat meletakkan diri di tempat tertinggi
Kalaulah mampu untuk dia hentikan jam poket masa
Dia enggan kelihatan bodoh
Sungguh
Dia terkilan dengan pendirianmu
Begitu mudah kau ketepikan jasadnya
Dan riwayat kisah kalian
Enggan kau fahami langsung
Maksud perbuatan dan perkataannya
Perlukah lagi dia di sini
Sedangkan kau sudah mula menjauh
Kau hanyut dalam kerosakan mu
Khayalan mu, rasanya berat untuk si dia tempuhi
Dia kecewa
Tapi wanita pemilik sekeping hati ini
Sangat rapuh perasaannya
Sayang dan kasihnya membutakan akal
Dia belum bersedia untuk dikecewakan lagi
Dialah wanita yang mencintaimu
Sepenuh jiwa raganya
Korban segalanya demi melihat senyum di bibirmu
Hargailah dia
Sayangilah dia
Kasihanilah dia
Seperti mana dia mengorbankan segala-galanya
Untuk kamu
Wahai lelaki yang tidak mampu melihat
Keindahan hati seorang wanita yang suci
Dia terlalu istimewa
Dia wanita
Yang kekal mencintaimu
Sehingga nafasnya yang terakhir kali

Laillahaillallah..



Apabila Seorang Atiqa Victoria Berkata-kata

05 June 2011

ATIQA VICTORIA ::Admiring Sungai Lui::






Enjoy :)

Apabila Seorang Atiqa Victoria Berkata-kata

03 June 2011

ATIQA VICTORIA :: Melihat Pelangi Petang ::

 
Hari ni masa tengah meng’cut’kan diri dari kelas WABM yang bertempat di E-Learning bersama dengan Cik Nadiah, kitorang nampak satu fenomena alam yang menakjubkan dan jarang-jarang aku dapat lihat. Dalam hidup aku, dalam 3-4 kali jela kowt aku dapat tengok keajaiban tuhan niew.


Nak tahu tak apa yang aku dan Nadiah nampak?? Cuba teka! Ttteeeeettt, masa dah tamat! (Ala-ala Yus Raja Lawak). Sebenarnya keajaiban tuhan yang kitorang nampak tu adalah
PELANGI! Ada tujuh colour semuanya. Kalau korang ingat masa kita sekolah rendah dulu, tajuk pasal pelangi di ajar dalam matapelajaran Sains. Ingat lagi tak formula yang digunakan untuk mengingat ketujuh-tujuh colour pelangi tu?

Michael Jackson Kills His Brother In University
Michael= Merah
Jackson= Jingga/Oren
Kills= Kuning
His= Hijau
Brother= Biru
In= Indigo (Betul ke? Correct Me If I’m Wrong Coz I Have Short Term Memory)
University= Ungu


 Ni kira aku dah share dah rahsia dan petua untuk menghafal colour pelangi. Pada adik-adik yang nak sit for UPSR tu, silakan lah copy ye. Mudah-mudahan dapat skor Sains A. Berjasa gak Atiqa Victoria ni dalam membangunkan modal insan yang diperlukan negara..!! (Gara-gara belajar Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara la niew). Niew formula yang cikgu Sains Darjah 6 aku lah yang ajar. I’m sure setiap cikgu ada formula mereka yang tersendiri kan. Tapi formula akak Atiqa Victoria niew senang je.. Tak sampai 2 minit dah boleh hafal dah. Copy cepat. Sila ye, takmo shy-shy cat dengan akak. Ye, ye, ye.


Dalam ponteng-ponteng kuliah tu pown sempat kitorang bergambar sakan dekat sekitar E-Learning yang chantek tu. Hehehehe.. Tempat yang tak sempat kitorang nak explore pown kitorang dapat explore dan bermain-main dengan kemudahan yang ada kat situ. Seronok ambil gambar dari tingkat atas E-Learning. Pemandangan cantik. Boleh nampak seluruk kampus UPSI dan kawasan neighbourhood yang berdekatan dengan UPSI. 



 :: niew sesi bergambar ringan-ringan lah niew. mula-mula amek pic sendiri dulu. warming 
    up  namanya.. kekekekeekeke  padahal amek banyak berpuluh-puluh. letak 2 keping je hah.. si nadiah pulak sibuk ngambek pic kat fon beliau ::




 :: acara kedua pulak acara amek gambar secara berpasangan selepas aku dengan nadiah masing-masing dok takjub amek pic sndiri kat fon masing-masing. kapel time! banyak gila gambar kitorang amek tetapi disebabkan blog niew untuk tontonan awam a.k.a tontonan umum, maka aksi-aksi ganas 18 tahun ke atas terpaksa disorokkan demi melindungi kepentingan  kanan-kanak dan remaja bawah 18 tahun! nadiah yang beraksi ganas ye. saya natural beauty + baby face. lalalalalala ::






 
 :: niew plak pemandangan sekitar Bangunan E-Learning. Ada banyak lagi sebenarnya pic2 yang berjaya dirakam oleh kamera fon aku  tapi disebabkan aku dah tak ingat dah nama bangunan-bangunan kat UPSI tu maka tunjuk apa yang taw jela macam tempat parking, padang dll.. 3 gambar terakhir adalah gambar hasil cetusan kreativiti kitorang berdua. padahal time tu tengah sakan nak kenakan orang. (konon2 nak buat profile pic fb la tu. kekekekeke) ::


Rasanya Bangunan E-Learning niew la bangunan yang tertinggi kat Tanjung Malim sebab dari pekan dah boleh nampak dah bangunan niew.. Tinggi kan. Berbalik kepada kisah pelangi petang yang cantik lagi memukau, apa kata kalau kita saksikan sendiri (erm, fine. Taklah tengok dengan mata kepala sendiri. At least I provided you guys dengan picture yang diambil oleh pro kan!) keindahan pelangi di Tanjung Malim ye;) Enjoy..






 p/s: Sebagai pelajar contoh, aku ngan Nadiah takdelah ponteng mana pown. Cuma masa tu presentation. Faham-fahamlah kalau masa presentation, bagi aku dengan Nadiah, tu masa untuk tidur tu. Kelas petang lah katakan. Kami pulang dengan selamatnya dalam kuliah tersebut lepas dating berdua tengok pelangi! Kami budak baik!!



Apabila Seorang Atiqa Victoria Berkata-kata